Monday, September 28, 2009

Aduihhh .. lama x update .. ni blog lama .... he he ..

Saturday, February 28, 2004


Pengalaman Yang Tak Dapat Aku Lupakan



Di suatu malam yang gelap . Tiada cahaya . Gelap - segelapnya .
Di satu kawasan perkuburan yang seram . Sungguh seram . Seram -
seseramnya . Hanya terdengar bunyi cengkerik .
Cengkerik - secengkeriknya .

Malam sudah melepasi detik dobelas malam . Aaaah ... Mataku
belum mau lelap lagi . Entah mengapa . Ku cuba menyelongkari di
manakah silapnya . Tetapi aku masih gagal mengetahui puncanya aku begini .

Rumahku tak jauh dari kawasan kubur itu . Hanya 50 langkah ( kalau
mengikut kaki adik aku . Alaa ... aku dah kira dah ) . Atau , hanya
43.15 meter ( tepat kepada 2 titik perpuluhan ) . Dan aku boleh dengar
bunyi - bunyi yang datang dari arah sana .

Mataku tanpa sengaja dimasuki habuk . Aku segera meraba Eye-Mo kat
atas meja aku . Aku titis kat dalam mata aku . Ahh ... lega rasanya .
Mujurlah ada Eye-Mo . Moral : Jaga mata anda baik-baik ! Lepas tu . Aku
berbaring di atas katilku yang kecil yang hanya ada tilam kecil berpeta
Malaysia berwarna biru gelap bercorak petak-petak dengan sedikit
sentuhan alam flora dan fauna yang sungguh indah,menarik dan mempersonakan
mata sesiapa sahaja yang memandang setebal 3 inci berisi kapas yang putih
bersih bak kapas yang mak aku yang amat aku sayangi yang melahirkan aku
telah ambil dari buah kapas yang jatuh dari pokok kapas kat tepi sungai
nun di sana yang tak berapa jauh di Pulau Kapas , tak seperti tilam orang
kahwin yang besar dan boleh muat dua orang yang diberi nama tilam dreamland
yang empuk mahupun sama dengan tilam Ziana Zain. Push Stop !

Aku melayan perasaan aku . Terbayang satu persatu wajah
kekasihku . Ahhh . Mengapa aku sering kecundang dalam bercinta ?
Di manakah silapku ? Apakah dosaku ? Sering gagal dalam bercinta !
Lagu Sekuntum Mawar Merah dendangan Hattan ( album Mentor ) pun
dimainkan sebagai pemangkin untuk aku melayang perasaan .

Dalam kesunyian itu aku mendengar bunyi ngauman dari mulut
ekzos motor . Brooommmm ..... brooooooooommmmm ..... ( Cuba buat
stail budak kecik tu ... kedua belah tangan digenggam . Angkat ke
paras dada masukkan kunci dan ... hidupkan enjin ) . Seperti bunyi
ekzos motorku . Aaahhh ... kalau tak silap aku yang cerdik ini itu
bunyi motor Harley Davidson . ( Minta maaf . Motor aku Honda Cup jer .
Tapi , aku dah modified aku punya ekzos . Aku kacuk dengan ekzos
Harley Davidson ) .

Tiba - tiba ! ( Baca dalam nada tergezut ) . Tanpa ku sangka .
" Argggggghhhhhhhhhhhhhhhhh " Aku terdengar suara orang menjerit .
Bunyinya seakan - akan suara vokalis kumpulan underground Malaysia ,
Cromox . Cuma , tak ader muzik jer . Diikuti pula oleh jeritan yang
kedua yang seperti suara halus perempuan 0.05 saat selepas jeritan
pertama . " Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa " Suaranya seperti suara Siti
Nurhaliza la . Aku terkedu bagai berudu mati tertelan dadu dekat
sudu dalam budu campur madu . Sungguh buduh berudu itu . Aku kaget
sekali . Waduh . Bagaimana ya pak ? .

Aku tinggal berdua saja . Bersama Mimie . Mimie yang ber-
badan gebu yang sentiasa ku belai badannya . Yang sentiasa ku gosok
badannya . Yang sentiasa aku mandikan . Aku terus memandang Mimie
di sebelahku . Ku renung matanya yang ayu itu . Matanya terus juga
merenung aku . Seolah-olah ingin tanganku segera membelainya dengan
penuh kasih sayang .








*sila jangan baca lagi jika anda bukan seorang yang open minded!*











Perlahan-lahan tanganku membelai badannya itu . Mula-mula ku gosok
belakang badannya . Mimie melentok kerana asyik dengan sentuhanku,
sentuhan Baby & Jonhson . Kemudian aku memicit tangannya . Kemudian
dengan perlahan-lahan aku melurutkan tangan ku ke bahagian yang
paling aku suka iaitu bahagian kepalanya . Aku mengucit-gucit pipi-
nya . Tiba-tiba Mimie menggigit tangan aku . Aku tahu dia hanya ber-
gurau . Mimie suka menggigit tangan aku . Namun hanya gigitan manja
yang tak memberikan kesakitan . Aku merenung sekali lagi matanya .

Nyata mata Mimie, kucing betina ku itu masih masih galak .
Kucing betinaku itu masih belum mahu memejam matanya itu yang
syahdu itu .

Kejap !

Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha !

Maafkan saya !

*sambungan*
Tiba-tiba fikiran aku terganggu . Aku resah gelisah . Kerana di
rumah ini hanya ada seorang manusia iaitu aku . Apa yang harus aku
lakukan ?

Aku pasrah . Aku menarik selimut . Dan aku menyelimutkan
diriku . Menyelimutkan diriku dengan selimut aku . Badanku kini
diselimuti selimut . Aku terus mencapai tape Wings . Tahu tak apa
yang aku buat lepas itu . Alaaa ... aku mainkan laa kaset tu . Aku
mendengar bunyi guruh , tetapi aku rasa tiada cahaya kilat yang
menyambar . Lepas tu . " Tap ... Tap ... Tap " Aku mendengar bunyi
tapak kasut seorang perempuan . Jantungku berdebar . " Dag Dig Dug " ,
kata Haiza , penyanyi remaja tu . Lepas tu aku dengar gitar goreng
( solo ) . Suspen . Aku mencari punca bunyi tapak kasut itu . Laaa ...
Binawe .... Rupa - rupanya , bunyi guruh dan tapak kasut tu datang dari
tape Wings tu laa . Lagu Taman Melati . Opsss . Taman Rasyidah Utama
Cisss . Burrrrrrr .
Ummpphhhhhhh .

" Tok ... Tok ... Tok ... " Pintu rumahku diketuk . Perlukah aku
membukanya ?

---------------------------------------------------------------------
Jika anda tak ingin membukanya sila nyatakan
Jika anda berani buka sila nyatakan
Akan disambung jika ada permintaan !
----------------------------------------------------------------------

If you wish to read the another siries of this lawak ...
sila hantar e-mail ...

Gunakan tajuk e-mail :
Lawak (Ingat ! Tajuknya ... Lawak) ...
Sila bagi komen juga ... Apakah lawak-lawak aku ni best (atau hampeh) ?

Tuesday, February 24, 2004


Ni gambar aku kat kolej lama : KTDI UPM
Emmmm ... kenapa bebudak sekarang naik tocang ma ? Adakah silap parent, guru atau masyarakat ? Aku rasa, yang paling mempengaruhi adalah budak tu sendiri. Kenapa bebudak (sekarang 'veveteran') dulu cekal dan tabah ? Mereka boleh berjalan berkilo-kilometer ke sekolah. Boleh noreh getah. Boleh makan nasi lauk kicap. bebudak sekarang je tak sekental diorang.

Aku rasa, kita sebagai ibu bapa, guru, masyarakat dan seumpamanya mesti mengajar diorang ni supaya tahu erti kesusahan. Sebab, kesenangan itu lebih bernilai jika dibina atas makna kesusahan. Bak kata pepatah, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, .... (sambung le sendiri).

Bebudak ni pula mesti renaisance (betul ke ejaan ni) atau perubahan.
Kita mesti berubah. Kita mesti berhijrah.
Selamat Tahun Baru Hijrah.

Tuesday, February 10, 2004

Hi .... aku baru saja membuat closing kedai aku ... letih rasanya .....
malam nie tidur dan esok ... bangun awal lagi ....